Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara bagi membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini berhubung ‘ouster clause’ atau (klausa penyingkiran).<br /><br />Katanya, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat kerana menyedari keputusan yang dibuat mahkamah pada 25 april itu akan beri impak besar kepada klausa undang-undang.
